E-Jurnal
 
1. Apakah reaksi 'aku' apabila dikejutkan oleh bunyi hon motosikal?

'Aku' memutarkan stereng ke kiri dan menekan brek keretanya apabila dia dikejutkan oleh bunyi hon motosikal.

2. Jelaskan dua bukti yang menunjukkan bahawa 'aku' tidak menumpukan perhatiannya semasa memandu.

Dua bukti yang menunjukkan bahawa 'aku' tidak menumpukan perhatiannya semasa memandu ialah 'aku' disedarkan daripada lamunannya apabila hon motosikal berbunyi, dan juga perjalanan jauh dalam cuaca yang panas terik menjadikan 'aku' berasa letih dan hilang tumpuan apabila dia sedang memandu.

3. Terangkan perasaan 'aku' ketika mendengar penerangan penunggang motosikal itu tentang keselamatan jalan raya. Kemukakan bukti untuk menyokong jawapan kamu itu.

Perasaan 'aku' ketika mendengar penerangan penunggang motosikal itu tentang keselamatn jalan raya ialah kebosanan dan kejengkalan. Ini kerana 'aku' berasa penat apabila mendengar penunggang motosikal itu mengemukakan pendapatnya yang panjang lebar itu.

4. Jelaskan dua sebab keadaan sekitar boleh menimbulkan bahaya kepada 'aku'.

Dua sebab keadaan sekitar boleh menimbulkan bahaya kepada 'aku' ialah banyak kenderaan bergerak dengan laju apabila di jalan raya itu, dan ada juga pemandu kenderaan yang mengekori kenderaan lain dengan dekat apabila sedang memandu.

5. Berdasarkan pengalaman 'aku' dengan Osman, jelaskan dua sebab 'aku' patut berasa bersalah terhadap Osman.

Dua sebab 'aku' patut berasa bersalah terhadap Osman ialah 'aku' tidak patut menganggap Osman sebagai seorang pencuri yang mengambil kesempatan untuk mencuri duit 'aku' apabila dia membaiki suis lampu brek keretanya, dan 'aku' juga tidak patut meragui keikhlasan niat Osman dan menganggap bahawa niatnya hanyalah untuk menerima ganjaran dari 'aku'  setelah menolongnya untuk membetulkan suis lampu brek keretanya yang telah rosak itu.

6. mendadak: dengan tiba-tiba

7. disondol: dirempuh

8. hujah yang berjela-jela: megemukakan pendapat dengan panjang



Leave a Reply.